Memohon pinjaman bukanlah perkara simple, terutama bila permohonan tak lepas . Ada banyak sebab kenapa perkara ni boleh berlaku. Jom kita cuba memahami puncanya boleh membantu anda elak kesilapan yang sama di masa depan.
Bank akan check laporan CCRIS anda. Contohnya, kalau ada tunggakan kad kredit, pinjaman peribadi, atau loan kereta, ini akan jejas skor CCRIS. Maintaining a clean credit history sangat penting. Selain itu, kalau pernah gagal bayar bil utiliti, seperti bil air, elektrik, atau telefon, atau pernah ada masalah dengan pinjaman peribadi seperti pinjaman daripada koperasi atau institusi kewangan lain, ini juga akan mempengaruhi penilaian CCRIS anda.
Skor CCRIS yang rendah bukan saja susah untuk dapat pinjaman, tapi juga boleh beri kesan buruk pada reputasi kewangan anda. Bank tengok skor ni untuk nilai sejauh mana anda bertanggungjawab urus kewangan. Sebab tu penting untuk bayar pinjaman dan bil tepat masa, serta urus hutang dengan baik. Langkah ni bukan je tingkatkan peluang pinjaman lulus, tapi juga bantu jaga rekod kewangan yang baik.
Documentation yang tak lengkap atau tak teratur adalah halangan utama. For business owners, ini maksudnya kena ada SSM registration, company bank statements, dan tax declarations yang lengkap. Kalau self-employed (Grab, food delivery, etc.), payment vouchers dan bank transfer records penting. Contohnya, kalau Grab driver, kena tunjuk income record melalui app Grab dan bank statement yang menunjukkan transaksi pendapatan. Kalau anda seorang freelancer, anda perlu menyediakan invoice dan rekod pembayaran daripada pelanggan anda. Bagi pekerja bergaji, pastikan EPF contributions match dengan payslip, dan gaji yang dinyatakan sepadan dengan deposit bank.
Pendapatan bersih rendah susahkan untuk layak dapat loan. Bank akan nilai Net Disposable Income (NDI) – jumlah yang tinggal selepas tolak perbelanjaan sara hidup. Contohnya, kalau komitmen bulanan untuk loan sedia ada, sewa rumah, dan bil-bil utiliti dah tinggi, NDI mungkin tak cukup untuk loan baru. NDI requirements berbeza antara bank dan lokasi. Sebagai contoh, kalau anda tinggal di Kuala Lumpur dan mempunyai komitmen bulanan yang tinggi, NDI anda mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bank.
Keselamatan pekerjaan penting. Kerja dalam sektor kerajaan atau syarikat besar biasanya kurang risky. Tempoh perkhidmatan juga penting. Contohnya, kalau baru tukar kerja dan belum ada tempoh perkhidmatan yang lama, atau gaji tak reflected dalam EPF contributions, ini boleh jejas application. Contoh lain, kalau anda bekerja dalam sektor yang tidak stabil seperti sektor perkhidmatan atau industri yang bergantung pada permintaan pasaran, bank mungkin melihat risiko yang lebih tinggi. Tapi, walaupun kerja disyarikat kecil, boleh tingkatkan peluang dengan provide employer verification atau surat pengesahan jawatan.
Untuk meningkatkan loan rumah lulus, pastikan semua dokumen kewangan lengkap dan kemas kini, seperti slip gaji dan penyata bank. Kalau kerja tidak stabil, boleh pertimbangkan sediakan guarantor atau cagaran. Selain itu, amalkan disiplin kewangan dengan bayar semua komitmen tepat pada waktunya untuk buat bank lebih yakin dengan kestabilan kewangan anda. Jangan lupa untuk pastikan aliran wang tunai dalam bank sentiasa konsisten setiap bulan dan elakkan baki negatif dalam akaun.
Kalau blacklisted atau ada rekod aktif dengan AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit), peluang kelulusan akan kurang. Contohnya, kalau pernah gagal bayar loan dan dah dirujuk kepada AKPK, kena settle dulu sebelum apply lagi. Selain itu, jika anda pernah terlibat dengan tindakan undang-undang berkaitan kewangan, seperti muflis atau penyelesaian hutang, ia juga boleh menjejaskan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman.
Sebaiknya, perbaiki rekod kewangan dengan membayar hutang atau melalui perundingan, dan pastikan tiada rekod buruk sebelum memohon pinjaman.
DTI ialah peratusan pendapatan kasar bulanan yang digunakan untuk bayar hutang. Contohnya, kalau DTI lebih 60%, ini menunjukkan komitmen hutang tinggi dan mungkin susah nak urus hutang tambahan. Kurangkan hutang sedia ada sebelum apply boleh tingkatkan peluang. Sebagai contoh, kalau anda mempunyai banyak pinjaman peribadi, pinjaman kereta, dan kad kredit dengan baki yang tinggi, DTI anda mungkin tinggi.
Nisbah Debt-to-Income (DTI) yang tinggi boleh memberi kesan buruk kepada permohonan pinjaman. Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda adalah RM5,000 dan jumlah bayaran hutang bulanan (pinjaman peribadi, pinjaman kereta, kad kredit) adalah RM3,500, DTI anda adalah 70%. Ini menunjukkan bahawa 70% daripada pendapatan anda digunakan untuk membayar hutang. Untuk mengurangkan DTI, anda perlu membayar sebahagian hutang terlebih dahulu, seperti melangsaikan pinjaman kad kredit atau mengurangkan baki pinjaman peribadi.
Bank tengok history simpanan untuk nilai tanggungjawab kewangan dan stability. Contohnya, kalau tak ada simpanan cukup, ini menunjukkan tak ada financial capability untuk urus loan baru. Having a healthy savings balance penting. Sebagai contoh, jika anda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan selama beberapa bulan, bank mungkin melihat anda sebagai risiko yang tinggi.
Kesilapan kecil pun boleh menyebabkan rejection. Contohnya, kalau tertinggal maklumat penting macam nombor kad pengenalan, tarikh lahir, atau pendapatan, application mungkin ditolak. Check semua maklumat sebelum submit. Selain itu, jika anda memberikan maklumat yang tidak tepat atau tidak konsisten dalam permohonan anda, bank mungkin akan menolak permohonan anda.
Ingat: Setiap bank ada criteria sendiri. Kalau satu bank tolak application, jangan give up. Faham sebab penolakan dan atasi boleh tingkatkan peluang dengan lenders lain. Consult dengan loan agent untuk dapatkan pandangan dan guidance.